APA ITU STEVIA?
Stevia atau nama saintifiknya, stevia
rebaudiana adalah sejenis tumbuhan berdaun manis dari spesies rebaudiana yang
berasal dari Brazil. Stevia sudah mula digunakan beratus-ratus tahun dahulu
sebagai pemanis makanan dan minuman oleh masyarakat kerana kadar kemanisannya
yang tinggi. Ia juga digunakan untuk merawat luka terbakar, masalah perut dan
penawar dalam menurunkan tekanan darah tinggi, diabetis, obesiti, melawaskan
kencing, menguatkan otot, organ hati dan lain-lain.
TAHUKAH ANDA?
Ekstrak daun stevia digunakan di Jepun, Korea
dan negara-negara tertentu di Amerika Selatan untuk memaniskan minuman ringan,
soju, kicap soya, yogurt dan makanan-makanan lain. Di Amerika Syarikat, stevia
digunakan sebagai suplemen kesihatan. Ekstrak daun stevia rebaudiana telah
digunakan secara tradisional dalam rawatan diabetis. Komponen pemanis yang
utama dalam daun stevia rebaudianais stevioside dikatakan mempunyai kesan
antioksidan, antimikrob dan antikulat.
Stevioside dan rebaudioside A merupakan
komponen pemanis yang utama di mana kesan pemanis masing-masing adalah 110-270
dan 180-400 kali ganda berbanding gula tebu. Kedua-dua komponen stabil walaupun
pada suhu setinggi 200 darjah celsius, menjadikan ianya sesuai digunakan dalam
makanan yang dimasak. Stevia rebaudiana sangat berpotensi sebagai tanaman
pertanian kerana permintaan pengguna bagi makanan herba yang semakin meningkat.
Kajian analisis turut menunjukkan bahawa stevia juga mengandungi asid folik,
vitamin C dan asid amino yang sangat diperlukan kecuali tryptophan.
Justeru, penanaman stevia dan
pengeluarannya merupakan alternatif kepada gula terutamanya untuk pesakit
kencing manis dan mereka yang berdiet kerana kalori stevia yang sangat rendah
serta tidak mengandungi karbohidrat, lemak atau protein. Disebabkan daun stevia
mempunyai ciri-ciri yang lebih baik berbanding pemanis lain, ia berpotensi
menjadi sumber utama sebagai pemanis untuk pasaran makanan semulajadi yang
semakin meningkat.
Ekstrak pemanis stevia dikatakan memberi kesan yang baik terhadap
kesihatan termasuk mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan paras gula
dalam darah, tidak merosakkan gigi, dapat melawan jangkitan rotavirus, membantu
metabolisma gula dan membantu peningkatan fungsi buah pinggang. Ekstrak akueus
daun kering stevia rebaudiana juga mendorong vasodilatasi sistemik dan buah
pinggang, menyebabkan penurunan tekanan darah, dieresis dan natriuresis dalam
tikus. Selain daripada itu, ekstrak ethanol daun stevia rebaudiana mengandungi
kandungan jumlah komponen phenolic yang boleh digunakan sebagai sumber
antioksidan semulajadi yang baik kepada kesihatan.
KELEBIHAN RCCWW
STEVIA SWEETENER
·
Membantu mengimbangi kandungan gula dalam badan
·
Membantu melicin dan memutihkan kulit
·
Membantu menurunkan kadar gula dalam darah
·
Membantu menurunkan tekanan darah
·
Membantu dalam masalah insomnia
·
Berupaya mengawal obesiti.
CIRI-CIRI
RCCWW STEVIA SWEETENER
·
Sifar kalori
·
100% organik (sumber alam)
·
Tiada perasa dan pewarna tiruan
·
Sangat sesuai untuk masalah diabetis
·
Sangat sesuai untuk masalah obesiti
·
Senang dibawa dan diguna
·
1 botol terkandung 10ml
KEUNIKAN RCCWW
STEVIA SWEETENER
·
Stevia dalam bentuk cecair
·
Mudah disukat
·
Boleh digunakan dalam minuman dan masakan
·
1 titis bersamaan 3 sudu teh gula pasir
·
1 titis boleh memaniskan air 200ml
·
1 botol menghasilkan (+/-) 200 titisan
IKHTIAR UNTUK MENJAGA DAN MERAWAT PELBAGAI
JENIS PENYAKIT DENGAN FORMULA 3553 DENGAN RCCWW STEVIA SWEETENER
·
3 Botol Air Masak / Air Mineral
·
500ml Setiap Botol (Jumlah 1.5l Air)
·
5 Titis Setiap Botol (Jumlah 15 Titis)
·
Amalkan Selama 3 Bulan Atau Lebih
·
Formula 3553 Ini Adalah Sebagai Cadangan Sahaja
Berdasarkan Kepada Testimoni Pengguna
KENAPA 3 BULAN (90 HARI)?
Ini adalah disebabkan usus kita sudah tidak
dapat memainkan peranan dengan baik akibat daripada tabiat pemakanan yang sukar
untuk dikawal maka terjadinya satu masalah di permukaan usus yang berperanan sebagai penyerap
zat makanan terbantut untuk menjalankan tugasnya kerana diselaputi dengan najis
lama atau najis kronik.
Dengan mengamalkan RCCWW Stevia Sweetener bersama air (FORMULA 3553) setiap hari, ia membantu untuk mencuci usus serta organ-organ yang lain di dalam tubuh kita dari segala kekotoran dan seterusnya dapat mencegah dan memulihkan diri daripada penyakit.
No comments:
Post a Comment